Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pemposesan perkataan merupakan aplikasi komputer yang kerap digunakan di sekolah. Pemprosesan perrkataan memerlukan perrisian seperti Microsoft Word bagi mewujudkan suatu fail, menyimpan maklumat secara digital. Aplikasi pemprosesan perkataan dapat menyokong kebanyakan tugas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran masa kini. Aplikasi inimembantu para pendidik mengintegrasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Microsoft Word ialah pakej perisian pemerosesan perkataan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dalam menghasilkan elemen-elemen teks yang berkualiti. Perisian ini turut membenarkan elemen-elemen sokongan lain dimuatkan ke dalamnya untuk membolehkan sebuah dokumen yang lebih menarik, tersusun rapi dan sistematik dihasilkan. Perisian pemprosesan perkataan juga boleh menggabungkan pelbagai kemudahan penyuntingan, penetapan reka letak, percetakan dan penyebaran yang menyeluruh serta mudah untuk digunakan. |
Contoh buku elektronik menggunakan pemprosesan perkataan.
Latihan berikut sebagai contoh untuk bakal guru praktikkan dan galakkan meneroka lagi fungsi pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word. |