ASAS GRAFIK
Pengenalan
Sebarang bidang kajian berasaskan seni visual melibatkan proses persepsi dan respons. Persepsi bermaksud meneroka dunia melalui deria. Respons pula merangkumi memerhati, membuat refleksi, memperihal, menganalisis, mentafsir dan menilai seni melalui perbincangan, penulisan, kajian dan aktiviti dalam studio. Persepsi dan respons terhadap imej merupakan aktiviti peribadi dan sosial. Aktiviti sedemikian memupuk kesedaran dan penghargaan estetik terhadap persekitaran. Komunikasi melalui imej merupakan satu cara yang berkesan untuk mempersembahkan idea dan emosi bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan individu dan sosial.
Pemaparan imej ialah satu bahagian penting dalam komunikasi dalam erti kata ia dapat membantu dalam mewujudkan hubungan dengan bahasa. Sebelum kita ingin menghasilkan sesuatu untuk disebarkan, tentulah ada keinginan menghias supaya nampak cantik dan ada tarikan untuk seseorang membacanya tanpa bosan. Kita boleh menghias rekaan dengan menggunakan grafik dan gambar. Grafik dapat memberi makna kepada lukisan, kartun, latarbelakang, warna dan sebagainya.
Grafik digunakan hampir semua orang yang membuat rekaan, terutamanya untuk memberi satu persepsi supaya nampak cantik dan menarik, selain menggunakannya sebagai penyampai maklumat kepada seseorang. Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek iaitu “Graphikos” yang bermaksud lukisan. Grafik ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Grafik ialah kombinasi ilustrasi, kapsyen, simbol, angka dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea oleh pereka terhadap hasil karyanya.
Grafik berperanan sebagi agen penyampaian mesej dalam bentuk imej visual atau seni komunikasi. Melihat daripada pengertian di atas, maka grafik boleh dirumuskan sebagai satu seni yang menggabungkan tulisan dan lukisan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas dan lebih konkrit daripada lisan. Hamzah Hurmin (1992) menyatakan grafik didefinasikan sebagai sebuah lukisan, percetakan, gambar 2 dan huruf yang dihasilkan dengan mengunakan media tertentu seperti pen, pensil, warna atau komputer. Bahan grafik untuk pengajaran dan latihan terdiri daripada lukisan, carta, graf, poster dan kartun.

pengenalan_asas_grafik.pdf | |
File Size: | 1868 kb |
File Type: |